Sabtu, 20 Februari 2016

Program Mobile CTC Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal, BRS, Padawan

Salam semua,

Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal di bawah Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak akan mengadakan aktiviti berikut di BRS (Bengoh Resettlement Scheme), Padawan seperti ketetapan berikut;

Tarikh   : 11 hingga 13 Mac 2016
Hari       : Jumaat hingga Ahad
Tempat  : BRS, Padawan.

Kepada sesiapa yang berminat, terutamanya Usahawan boleh memohon untuk menyertai aktiviti tersebut iaitu Program Mobile CTC Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal dengan menghantar maklumat seperti berikut;

Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor telefon:
Jenis Jualan:

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut;

1. Khemah
2. 1 buah meja
3. 2 buah kerusi
4. Kipas angin
5. Power supply point  (Untuk tenaga elektrik)

Yuran penyertaan adalah RM50.00 untuk 3 hari tersebut.

Tarikh tutup penyertaan ialah 29 Febuari 2016.

Kepada warga BRS sila manfaatkan peluang dan ruang ini untuk kebaikan bersama.