Salam sejahtera semua.
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan besar kuasanya kita masih dapat bertemu di posting kali ini. Posting kali ini merupakan detik yang amat bersejarah bagi semua penduduk di Skim Penempatan Semua Empangan Bengoh (BRS) amnya dan khasnya para pemohon bagi lot tambahan kediaman sejak sekian lama ditunggu.
Posting kali ini kita kongsikan detik-detik bersejarah Program Lawatan Lapak oleh pihak pejabat Yang Berhormat ADUN N19, Pejabat Residen Kuching, Pejabat Daerah, agensi-agensi kerajaan terlibat seperti JKR, Jabatan Tanah dan Survei, HDC, DID, SEB, MPP dan sebagainya.
Sudah semestinya semua penduduk di Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh (BRS) ini amat berharap projek ini akan dapat dilaksana dengan segera memandangkan sudah lama tertangguh dan penduduk amat-amat memerlukannya.