Isnin, 20 Jun 2016

Sambutan Hari Gawai 2016

Salam sejahtera semua.

Pada posting kali ini kita akan bercerita tentang salah satu perayaan yang sangat penting dan sudah lama menjadi Perayaan utama bagi kaum Dayak khasnya di negeri Sarawak iaitu Sambutan Hari Gawai Dayak. Bagi kaum Dayak di negeri Sarawak, tahunnya tidak akan ada maknanya sekiranya mereka gagal menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak. Mereka menganggap Perayaan Sambutan Hari Gawai Dayak ini sebagai satu kemestian sebagai tanda mengucapkan  kesyukuran  di atas hasil tuaian mereka sepanjang tahun.

Pada tahun ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama-sama menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak di sebuah Kampung yang semakin terkenal dan mendapat tempat di kalangan penggunjung tempatan mahupun luar negara. Kampung yang dimaksudkan adalah Kampung Taba Sait yang terdapat di Penempatan Semula Penduduk Empangan Bengoh atau Bengoh Resettlement Scheme (BRS). Di BRS terdapat empat buah kampung yang ditempatkan secara berasingan mengikut kampung asal mereka sebelum mereka dipindahkan ke Bengoh Resettlement Scheme ini iaitu Kampung Taba Sait, Kampung Bojong Pain, Kampung Rejoi dan Kampung Semban. Sesungguhnya pengalaman kita sepanjang sambutan Hari Gawai Dayak di Kampung Taba Sait kaliini amat mengujakan dan mesti terpalit sebagai kenangan yangtidak akan dapat dilupakan.

Aktiviti - aktiviti yang dilakukan sempena sambutan Hari Gawai Dayak Kampung Taba Sait 2016

Mesyuarat AJK Tertinggi untuk membincang dan merangka 
program serta pengagihan tugas AJK kerja dan aktiviti yang
akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak

Aktiviti menyembelih babi oleh tukang sembelih


Acara kemuncak iaitu menari beramai-ramai

Pertandingan karoke turut diadakan

Persembahan dan pertandingan Poco-poco

Persembahan tradisional iaitu Rohoi mula diangkat semula 
untuk tontonan golongan muda



 Persembahan Rohoi


 Pococ-poco

Tarian kaum Bidayuh iaitu Ra'ajang





 Menari beramai-ramai



 Persembahan individu iaitu tarian Orang Ulu


 Antara kumpulan yang menjadi JUARA


Juruacara program





Mantap gaya Persembahan Juara Karoke individu


Acara makan-makan

Berbaris untuk menunggu giliran mendapat makanan

 Antara tetamu yang hadir



 Acara Gotong royong membuat persiapan sambutan

Memasak Lemang




Membuat perhiasan pentas



Golongan tua juga turut hadir untuk kerja gotong royong





 Para VVIP yang hadir










 Tetamu kehormat yang hadir

AJK Tertinggi Sambutan





 Persembahan tradisional iaitu Permainan Gong

























































Sesungguhnya sambutan Hari Gawai Dayak di Kampung Taba Sait ini sangat meriah. Budaya kerja gotong royong masih diamalkan dengan sangat berkesan. Tua muda dilibatkan bersama demi untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh Ahli Jawatankuasa yang mereka pilih. Semoga terhibur membaca dan berjumpa disambutan tahun depan.