Pada posting kali ini kita akan bercerita tentang salah satu perayaan yang sangat penting dan sudah lama menjadi Perayaan utama bagi kaum Dayak khasnya di negeri Sarawak iaitu Sambutan Hari Gawai Dayak. Bagi kaum Dayak di negeri Sarawak, tahunnya tidak akan ada maknanya sekiranya mereka gagal menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak. Mereka menganggap Perayaan Sambutan Hari Gawai Dayak ini sebagai satu kemestian sebagai tanda mengucapkan kesyukuran di atas hasil tuaian mereka sepanjang tahun.
Pada tahun ini kita sangat bertuah kerana dapat bersama-sama menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak di sebuah Kampung yang semakin terkenal dan mendapat tempat di kalangan penggunjung tempatan mahupun luar negara. Kampung yang dimaksudkan adalah Kampung Taba Sait yang terdapat di Penempatan Semula Penduduk Empangan Bengoh atau Bengoh Resettlement Scheme (BRS). Di BRS terdapat empat buah kampung yang ditempatkan secara berasingan mengikut kampung asal mereka sebelum mereka dipindahkan ke Bengoh Resettlement Scheme ini iaitu Kampung Taba Sait, Kampung Bojong Pain, Kampung Rejoi dan Kampung Semban. Sesungguhnya pengalaman kita sepanjang sambutan Hari Gawai Dayak di Kampung Taba Sait kaliini amat mengujakan dan mesti terpalit sebagai kenangan yangtidak akan dapat dilupakan.
Aktiviti - aktiviti yang dilakukan sempena sambutan Hari Gawai Dayak Kampung Taba Sait 2016
Mesyuarat AJK Tertinggi untuk membincang dan merangka
program serta pengagihan tugas AJK kerja dan aktiviti yang
akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak
Aktiviti menyembelih babi oleh tukang sembelih
Acara kemuncak iaitu menari beramai-ramai
Pertandingan karoke turut diadakan
Persembahan dan pertandingan Poco-poco
Persembahan tradisional iaitu Rohoi mula diangkat semula
untuk tontonan golongan muda
Persembahan Rohoi
Pococ-poco
Tarian kaum Bidayuh iaitu Ra'ajang
Menari beramai-ramai
Persembahan individu iaitu tarian Orang Ulu
Antara kumpulan yang menjadi JUARA
Juruacara program
Mantap gaya Persembahan Juara Karoke individu
Acara makan-makan
Berbaris untuk menunggu giliran mendapat makanan
Antara tetamu yang hadir
Acara Gotong royong membuat persiapan sambutan
Memasak Lemang
Membuat perhiasan pentas
Golongan tua juga turut hadir untuk kerja gotong royong
Para VVIP yang hadir
Tetamu kehormat yang hadir
AJK Tertinggi Sambutan
Persembahan tradisional iaitu Permainan Gong
Sesungguhnya sambutan Hari Gawai Dayak di Kampung Taba Sait ini sangat meriah. Budaya kerja gotong royong masih diamalkan dengan sangat berkesan. Tua muda dilibatkan bersama demi untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh Ahli Jawatankuasa yang mereka pilih. Semoga terhibur membaca dan berjumpa disambutan tahun depan.
All the best...
BalasPadam