Salam sejahtera.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada JK BRS kerana sekali lagi dapat menganjurkan satu Program Komuniti yang sangat bermanfaat kepada semua komuniti di Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh . Kali ini Program Prihatin Nasional diadakan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.
Program ini telah diadalakan di Dewan Komuniti Kampung Taba Sait pada 8 Disember 2020. Antara objektif Program ini adalah,
1. Menyantuni klien-klien JKM yang berada di BRS dan kampung di sekitar
2. Melawat rumah klien
3. Mengagihkan bantuan berupa bakul makanan
4. Memberi penerangan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di JKM
5. Membawa agensi di bawah Kementerian KPWKM, JKM dan agensi luar seperti PDRM,untuk membuat pameran dan berkongsi maklumat kepada komuniti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan