Memaparkan catatan dengan label mengenaibrs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengenaibrs. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2016

Terbongkarnya Rashia Pembinaan Empangan Bengoh

Salam sejahtera, 

Empangan Bengoh atau (Bengoh Dam) merupakan salah satu Empangann yang terdapat di Negeri Sarawak. Empangan ini telah dibina di Ulu Sungai Sarawak Kiri. Ianya dibina untuk menampung keperluan air di kawasan Bandaraya Kuching dan Samarahan. 

Ekoran daripada terbinanya Empangan ini,banyak sejarah suka dan duka yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di kampung-kampung yang terlibat secara langsung dalam pembinaan empangan ini. Ini adalah termasuk tapak pembinaan, pembayaran pampasan dan banyak lagi. 

Kesemuanya kita rekod dan salinkan dalam video di bawah. Selamat menonton dan mendengarnya kepada semua. 


Ulu Bengoh Part 1





Isnin, 14 Mac 2016

Pasukan Bola Sepak Kampung Taba Sait

Bolasepak adalah antara sukan yang diminati oleh penduduk kampung. Walaupun penat berkerja di sebelah pagi namun mereka tetap meluangkan masa untuk berlatih di waktu petang. Kampung Taba Sait tidak ketinggalan juga menganjurkan pertandingan bola sepak 9 sebelah secara "Knock Out".
Pada zaman era 1980 an, pasukan bola sepak Kampung Taba Sait adalah antara pasukan yang terkuat di daerah Padawan. Pasukan ini telah banyak kali memenangi kejohanan bola sepak yang dianjurkan di daerah tersebut.















Antara pasukan yang telah dibentuk dan telah banyak memenangi anugerah kejuaraaan pada era 1980-an.





Jumaat, 4 Mac 2016

Perutusan Ketua Kampung Pain Bojong


Salam hormat dan selamat sejahtera dan salam 1BRS,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga secara langsung mahupun secara tidak langsung sehingga tercapainya impian kita untuk memiliki laman web B.R.S. Sesungguhnya ini merupakan matlamat kita untuk merapatkan jurang informasi kita dengan dunia luar.

Kita amat bertuah kerana dengan adanya laman web ini kita dapat berkongsi maklumat dengan  semua penduduk BRS tak kira dimana mereka berada ketika ini. Kita juga dapat mempromosikan hasil produk penduduk untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di sini.

Akhir kata, saya mengharapkan semua warga BRS tak kira dimana mereka berada supaya dapat terus menyumbang idea untuk kita membangun dan terus maju ke hadapan.

Sekian Terima Kasih,

Desclaude Ak. Nguir
Ketua Kampung Pain Bojong.

Perutusan Ketua Kampung Rejoi



Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyumbang tenaga dan kepakaran bagi memastikan impian kita untuk mempunyai laman web sendiri tercapai. Dengan adanya laman web ini kita dapat menyampaikan maklumat kepada semua warga BRS tak kira di mana mereka berada.

Kita juga berharap dapat mempromosikan hasil pertanian, dan kraftangan bagi membaiki taraf hidup penduduk BRS ini. Disamping itu juga kita dapat berkongsi keunikan tradisi masyarakat dayak yang tinggal di BRS dengan para pembaca.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para pembaca supaya menggunakan maklumat yang disampaikan dengan tujuan yang baik dan berhemah.

Sekian terima kasih,


Tim Anak Kawen
Ketua Kampung Rejoi.

Perutusan Ketua Kampung Semban.



Salam sejahtera dan salam hormat kepada warga BRS dan juga para pembaca.

Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana akhirnya kita dapat mewujudkan laman web untuk BRS. Dengan adanya laman web ini, kita berharap para penduduk dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di BRS. Segala aktiviti mahupun program yang dijalankan dapat dikongsi dengan semua warga BRS tak kira dimana mereka berada.

Laman web ini juga membolehkan kita tidak ketinggalan dari arus perkembangan media massa serta teknologi maklumat masa kini. Kita juga sedar bahawa dunia teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam mempromosi dan membangunkan kehidupan warga BRS.

Oleh itu, kita mengalu-alukan segala maklumat yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.

Sekian terima kasih,


BUJUS ANAK KIAN
Ketua Kampung Semban.

Perutusan Ketua Kampung Taba Sait


Salam hormat dan Sejahtera kepada semua,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita berkat usaha kita selama ini akhirnya kita dapat mewujudkan laman leb untuk penduduk warga B.R.S. Dengan adanya laman web ini kita yakin segala maklumat mahupun perkembangan yang berlaku di BRS ini secara amnya dapat kita kongsikan kepada semua warga BRS walau di mana mereka berada.

Kini, zaman teknologi telah banyak berubah.Sesungguhnya perkhidmatan jalur lebar ini membawa kita ke era teknologi yang lebih hebat di mana maklumat dapat dikongsi dan disampaikan dengan lebih cepat. Kita mengharapkan maklumat dan berita dari dalam mahupun dari luar BRS ini dapat dikongsi  untuk pengetahuan bersama.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web ini. Semoga dengan adanya laman web ini kita akan dapat menyampaikan apa-apa sahaja maklumat yang boleh memberi manfaat kepadaa kita semua.

Sekian terima kasih

SAYANG ANAK BIDI
Ketua Kampung ,
Kampung Taba Sait.

Kemahiran dan pemandangan yang sukar di cari ganti.

Jambatan gantung yang di perbuat dari pada buluh.

Takop....sejenis jerat yang diperbuat daripada buluh untuk menangkap binatang
Nyok...sejenis pokok yang mengeluarkan air yang sedap untuk di minum. Tuak Bidayuh
Sungai sumber untuk mendapatkan ikan dan udang yang segar.
Air terjun tempat berkelah di hujung minggu.
Aktiviti berakit di waktu petang.

Ga Piso tempat ikan Semah atau Empurau tinggal.










Ahli Parlimen

MAKLUMAT
 Tempoh Penggal                             2013-2017
Nama
James Dawos Mamit, Y.B. Dato' Sri Dr.
Jawatan dalam Kabinet
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Parti
BN - PBB
Tempat Duduk
B-15
Parlimen
P198
Kawasan
Mambong
Negeri
Sarawak
No. Telefon
03-88861614
No. Faks
03-88880573
E-Mail
jamesmamit8@gmail.com / dawosmamit@nre.gov.my

Ahli Dewan Undangan Negeri

Tempoh Penggal  2012-2016
JERIP ANAK SUSIL

Negeri: 
MAMBONG
Parlimen: 
Sarawak
Parti: 
BN - SUPP
Kod Parlimen: 
P198
Kod Dun: 
N16
Nama Dun: 
BENGOH

YB Dr. Jerip Anak Susil telah dilahirkan pada tanggal 28 April 1957 di Kuching, Sarawak.  Kini berusia 55 tahun, beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. YB Dr. Jerip Anak Susil telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985. Pada tahun 2006, beliau telah mengikuti kursus Post Graduate Diploma in Safety and Health di universiti yang sama. Beliau juga adalah Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak.

Banyak kenangan zaman kanak-kanak serta remaja yang menggamit memori Dr. Jerip Anak Susil hingga ke hari ini. Sewaktu kecil, beliau gemar merayau di dalam hutan untuk memburu dan memancing. Hingga ke hari ini beliau gemarkan aktiviti-aktiviti dalam hutan sehinggakan beliau lebih memilih percutian tanah tinggi daripada percutian di tepi laut. Tindakan beliau memasuki universiti untuk mengikuti kursus perubatan tanpa sebarang bantuan kewangan atau biasiswa adalah sesuatu yang beliau anggap sangat berani.

Setiap kali ada kelapangan, Dr. Jerip Anak Susil akan melakukan mana-mana aktiviti yang beliau anggap sebagai hobi beliau. Ini termasuklah berkebun, memburu, memancing, bermain golf, melancong, membaca atau mendengar muzik. Beliau amat meminati muzik country dan bluegrass. Sekiranya berpeluang untuk bercuti selama sebulan, beliau memilih untuk duduk saja di rumah untuk berkebun dan bersenam, di samping dapat meluangkan masa bersama anak-anak beliau. Dr. Jerip Anak Susil menganggap isteri beliau sebagai sahabat beliau yang paling rapat. Pasangan ini sering berkongsi idea dan bertukar pendapat, di samping sering bersama melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Perutusan Pengerusi








Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur puji Tuhan kerana berkat kurnianya kita dapat mewujudkan Laman Web untuk B.R.S secara rasminya. Dengan adanya laman web ini, kita mengharapkan ianya dapat menjadi rujukan bagi penduduk B.R.S untuk mendapatkan maklumat. Langkah ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini dimana ianya merupakan satu medium dalam penyampaian maklumat

Segala maklumat mahupun berita yang disampaikan diharap dapat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua warga BRS. Kita juga mengalu-alukan komen  cadangan daripada semua warga BRS supaya kita dapat meningkatkan mutu penyampaian laman web ini. Kita juga berharap supaya BRS diberi peluang untuk menikmati kemudahan “ Kampung Tanpa Wayar “ seperti mana yang telah diberikan kepada kampung-kampung yang lain.  
               
 Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan  web site ini.

ITODIO PEU ANAK RAYU

Pengerusi B.R.S

Kampung Rejoi

KAMPUNG REJOI, 41 KELUARGA



Getting to Kampung Rejoi we crossed several impeccably
engineered bridges made from bamboo and wire strung over the
Sarawak Kiri river. Established, well tendered gardens run the
perimeter of many of the homes in Rejoi, each built with timber or concrete. Tiled bathrooms, ample kitchens and well kept social areas are common. Many houses had man-made ponds nearby provide with ready access to fish for eating. These are lovely homes of a welcoming and generous people. Both Semban and Rejoi villagers are descendants from a people called the Biemban or ’people of Emban’, named after the Emban River. 


Their early leaders and warriors were legendary, fiercely defending their settlements. The Sarawak Gazette, in articles published from 1885 to 1887, described the Semban as living in an area that would, in later years be known as Semban Native Customary Rights Land. Kampung Rejoi is situated on this land. Fish, rice, chicken, wild boar and fruit are the staple of all the Kampungs in the region. Kampung farms support cash crops such as pepper, rubber, pineapple and cocoa. Locally grown food include rice, papaya and durian... One had to be reminded that everything else is carried into these villages, from tinned food to generators and the fuel
to power them.

One old ladies show her skill on carring and transporting a plank of wood which they used ti build thier home. Now this skill was left behind when they choose to move to the new resettlement which is call BRS.

Kampung Pain Bojong

KAMPUNG PAIN BOJONG, 54 KELUARGA


Kampung Pain Bojong is a low lying village that has existed in the region according to oral history records, as early as 1893. We’ve been here since 1893. They great grandparents by the name of Saang and Sandung cleared Bung Jogong for their first settlement after they came down from Bung Kiding in 1893. There were quite a number of families at Bung Jogong by that time before they decided to split and migrate to Sait and some to Pain. In 1984, our village was
razed by fire, then we moved further up to the place called
Bojong in 1985, which is our present settlement.


Built on the banks of the Sarawak Kiri river, Bojong is the closest village to the dam construction site. A few of its men work for the construction company as labourers, but many would prefer not to leave. There are 54 families in this Kampung.



Kampung Semban

KAMPUNG SEMBAN TELEG, 50 TELEG



Kampung Semban Teleg, the highest of all four villages, and the most difficult to reach, is home to a small number of elderly women known for the gold rings they wear around their arms and ankles. A tradition, some say, that grew at the time the Chinese had established trading routes along the west coast of Borneo as early as the twelfth century. Semban is a well established community only requiring an access road to improve conditions here. Despite being well above the proposed catchment, the residents of Semban will also be relocated. 


The development’s Environmental Impact Assessment refers to a proposed Resort for the region. It’s unlikely the resort’s developers would want their residents to look out over Sarawak’s newest man-made lake onto the inhabitants of a Bidayuh village.

Antara tarikan utama di Kampung Seman,Teleg adalah golongan perempuan yang menggunakan gelang yang diperbuat daripada tembaga di kaki dan pergelengan tangan mereka. Budaya cara berpakaian yang unik ini tidak pernah dijumpai di mana-mana tempat di seluruh dunia.
                                     

Sebahagian daripada kaum wanita sedang memperagakan gelang tembaga di kaki mereka.


Kaum wanita sedang membuat gelang tembaga untuk digunakan pada musim perayaan. Kemahiran ini akan cuma tinggal kenangan dan sejarah sejak mereka berpindah dan menetap di penempatan baru atau BRS.



History of Bidayuh Highlanders


The Bidayuh are believed to originate from an area called
Sungkong, a mountainous region located in what we today know as West Kalimantan. Although recorded in there as early as
1621, in the mid to late 19th century, the Bidayuh ventured
into the forests of Sarawak,including Bau, Padawan, Penrissen
and Serian to establish new settlements there. "Bidayuh"
means ’inhabitants of land’.

Four Bidayuh Kampungs, or villages, are located on the site
of the Bengoh Dam designed to meet the disputed water needs of
Kuching.


With no water conservation measures in place, repairs to
existing infrastructure neither under way nor planned
and hinging on a publicly suppressed Kuching Water Supply
Study, the proposed Bengoh Dam catchment will consume an area of 12,700 hectares, the dam itself swallowing up to 8.5 square
kilometres of flora and fauna including 199 Bidayuh families,
their heritage farms, fishing, hunting and burial grounds, their customs, practices, and their Native Customary Rights.

The Bidayuh Kampungs are accessible only by foot and yet
some homes have solar power, generators. The two Upper Bengoh
schools have satellite dishes and Internet access. Everything, from refrigerators to fuel, building materials and furniture are carried by porters crossing bamboo bridges, negotiating steep slopes, frequent storms and mud.

There are 4 Kampungs affected by Bengoh Dam’s.

1. KAMPUNG TABA SAIT, 54 FAMILIES

2. KAMPUNG REJOI, 41 FAMILIES

3. KAMPUNG SEMBAN TELEG, 50 FAMILIES

4. KAMPUNG PAIN BOJONG, 54 FAMILIES


Construction began well before any one knew what was going on.
The Environment Impact Assessment had not yet been made public and bull dozers were already clearing Bidayuh farmlands for a quarry sparking a series of injunctions to prevent further trespass into what has become another one of the many native customary land disputes sitting in Sarawaks courts.


The dam’s construction was awarded to Naim Cendera Lapan, a
company headed by Sarawak’s Chief Minister’s first cousin, Hamed Sepawi. Naim Chendra Lapan outsourced the job of building the dam to the Chinese company,Sino Hydro, for half of the contracted budget. Considered business as usual
amongst the powerful corporate elite in Sarawak, the links
between them and government are deep and well protected.


The Bidayuh have none of the protections afforded Sarawaks
private companies. The Government has sent its own people to do the work of Naim Cendera Lapan, enlisting Bidayuh to support resettlement. Whilst some Bidayuh have have signed blank documents others have been bribed with offers of more land and money to turn against their community leaders and intimidate their supporters.

Taba Sait, Pain Bojong and Rejoi will be fully submerged when
the dam is fully completed in July 2010. In all, 199 families
with a total population of around 1,300 people will be displaced No amount of compensation will replace the Bidayuh’s culture and their traditions. Resettlement will lead the Bidayuh out of their land and into a world many Bidayuh claim they have no need for.


Everything we ourselves do and find it and with have that thing free, and then when if we have some money also we don’t have to spend to buy other things but just to spend for my children to school only. So those other things we don’t have to buy.

Kampung Taba Sait


KAMPUNG TABA SAIT, 54 KELUARGA

Bentuk Rumah Kampung Taba Sait 
yang pastinya akan menjadi 
kenangan dan sejarah satu hari nanti.

Nama Kampung Taba Sait berasal dari dua nama tempat yang berbeza. Pada sekitar tahun 1893, para penduduk tinggal di tempat yang dinamakan Taba. Setelah lama menetap di Taba, mereka berpindah ke kawasan baru di tepi sungai yang di namakan Sait. Ini kerana mereka susah untuk mendapatkan air pada musim kemarau. Selepas itu nama kampung diberi nama Kampung Taba Sait. Sehingga hari ini, terdapat 54 buah keluarga yang tinggal di kampung tersebut.


Kampung Taba Sait terletak di kawasan Padawan iaitu kira-kira 55 km dari bandaraya Kuching. Penduduknya adalah dari suku kaum Bidayuh. Perjalanan ke kampung Sait dari bandaraya Kuching hingga ke kampung Bengoh mengambil masa selama 40minit dengan menggunakan kereta. Selepas itu perjalanan diteruskan menggunakan lorong denai iaitu berjalan kaki meredah hutan selama 45 minit.

                                                                                                                                                       Jambatan gantung diperbuat daripada buluh.

Aktiviti utama penduduk ialah menanam padi, bercucuk tanam, memburu dan menangkap ikan. Mereka menanam padi untuk kegunaan sendiri sahaja. Aktiviti menanam padi bermula pada bulan julai di mana penduduk akan mencari tapak dan menebas serta menebang pokok untuk membersihkan kawasan pertanian. Pada bulan September penduduk akan melakukan pembakaran untuk menyuburkan tanah pertanian tersebut. Penduduk akan mula menanam padi pada penghujung bulan September. Buah padi akan masak pada pertengahan bulan Febuari dan aktiviti menuai padi akan bermula pada waktu itu.
 Penduduk juga mengusahakan aktiviti pertanian. Antara tanaman yang di tanam ialah seperti Lada, Koko, Getah dan juga kebun buah – buahan. Hasil tanaman ini akan dijual untuk menampung perbelanjaan harian.
Disamping itu juga, mereka mahir dalam  memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dan menangkap ikan secara berkumpulan. Hasil tangkapan akan dibahagi sama rata. Begitulah rutin kehidupan penduduk di kampung Taba Sait.
                                                 

Dari segi pendidikan pula, tidak ramai penduduk kampung yang  berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Keriangan dan kegembiraan penduduk yang tinggal di kampung Taba Sait tidak bertahan lama apabila Kerajaan negeri Sarawak telah memutuskan untuk membuat Empangan Bengoh yang bernilai RM250 juta pada tahun 2007. Reaksi awal penduduk adalah marah dengan projek tersebut kerana ianya akan memusnahkan tanaman, kebun dan juga tanah penduduk kampung. Perbincangan demi perbincangan di antara penduduk kampung dengan pihak berwajib diadakan namun penduduk kampung tetap dengan keputusan membantah pembinaan empangan tersebut. Apa yang dirisaukan penduduk ialah kekurangan tanah untuk mereka menjalankan aktiviti pertanian dan juga kemusnahan kebun dan juga dusun yang diwarisi dari nenek moyang. Walaupun dibayar oleh pihak yang berwajib namun duit bukanlah segala – galanya bagi penduduk kampung. Apa yang penduduk mahu ialah sekiranya tanah mereka diambil seluas 50 hektar, maka harus diganti dengan tanah seluas 50 hektar. Bayaran cuma dikenakan ke atas tanaman yang terdapat di atas tanah tersebut. Namun permintaan tersebut ditolak dengan alasan penduduk kampung diberikan rumah secara percuma.


                                                                       Walaubagaimanapun bantahan yang diadakan tidak menbawa hasil apabila kerajaan negeri Sarawak tetap meneruskan projek empangan tersebut. Kalau diikutkan bantahan yang di buat, majoriti orang kampung tidak bersetuju dengan empangan tersebut. Tetapi bagaimana projek ini dapat diteruskan? Siapakah dikalangan orang kampung yang menandatangani perjanjian yang membolehkan projek ini diteruskan tidak diketahui sehingga ke hari ini. 

Pertemuan yang terakhir dengan pihak berwajib mendapat penyelesaian di mana penduduk kampung dibenarkan tinggal di kawasan sekitar kampung Sait di mana ianya mesti di luar kawasan perimeter survey. Oleh yang demikian, ketua kampung memutuskan untuk membuat penempatan baru di MUK AYUNG. Terdapat 21 buah keluarga yang enggan berpindah ke penempatan baru yang di sediakan. 

Akhirnya, mahu tak mahu kumpulan mereka ini terpaksa menyertai parti pembangkang tanda mereka tidak bersetuju atau membantah  pihak kerajaan melaksanakan Empangan Bengoh.  Hati mereka sudah tertutup untuk mengadu ke pihak yang berwajib. Kehidupan mesti diteruskan. Kejayaan tidak datang bergolek. Namun yang pastinya, kumpulan mereka ini akan terus tersisih dari segi pendidikan kerana tiada lagi tempat anak muda untuk bersekolah setelah sekolah asal di pindahkan ke penempatan baru. 



Penempatan yang disediakan oleh kerajaan pula terletak di kawasan Semadang dan Bau. Penempatan yang dijanjikan disediakan dengan rumah seperti yang sedia ada, elektrik, kemudahan air terawat, sekolah, gereja, balairaya, padang bolasepak, tanah pertanian dan tempat berniaga.