Jumaat, 4 Mac 2016

Perutusan Pengerusi








Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur puji Tuhan kerana berkat kurnianya kita dapat mewujudkan Laman Web untuk B.R.S secara rasminya. Dengan adanya laman web ini, kita mengharapkan ianya dapat menjadi rujukan bagi penduduk B.R.S untuk mendapatkan maklumat. Langkah ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini dimana ianya merupakan satu medium dalam penyampaian maklumat

Segala maklumat mahupun berita yang disampaikan diharap dapat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua warga BRS. Kita juga mengalu-alukan komen  cadangan daripada semua warga BRS supaya kita dapat meningkatkan mutu penyampaian laman web ini. Kita juga berharap supaya BRS diberi peluang untuk menikmati kemudahan “ Kampung Tanpa Wayar “ seperti mana yang telah diberikan kepada kampung-kampung yang lain.  
               
 Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan  web site ini.

ITODIO PEU ANAK RAYU

Pengerusi B.R.S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan