Jumaat, 4 Mac 2016

Perutusan Ketua Kampung Taba Sait


Salam hormat dan Sejahtera kepada semua,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita berkat usaha kita selama ini akhirnya kita dapat mewujudkan laman leb untuk penduduk warga B.R.S. Dengan adanya laman web ini kita yakin segala maklumat mahupun perkembangan yang berlaku di BRS ini secara amnya dapat kita kongsikan kepada semua warga BRS walau di mana mereka berada.

Kini, zaman teknologi telah banyak berubah.Sesungguhnya perkhidmatan jalur lebar ini membawa kita ke era teknologi yang lebih hebat di mana maklumat dapat dikongsi dan disampaikan dengan lebih cepat. Kita mengharapkan maklumat dan berita dari dalam mahupun dari luar BRS ini dapat dikongsi  untuk pengetahuan bersama.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan laman web ini. Semoga dengan adanya laman web ini kita akan dapat menyampaikan apa-apa sahaja maklumat yang boleh memberi manfaat kepadaa kita semua.

Sekian terima kasih

SAYANG ANAK BIDI
Ketua Kampung ,
Kampung Taba Sait.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan