Jumaat, 4 Mac 2016

Perayaan Gawai Dayak.

 Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru. 


Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
Sambutan hari gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.


 Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras', persembahan tarian tradisi "rejang bauh", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria.

Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak.


  Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara mengayau dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan