Jumaat, 4 Mac 2016

Sambutan Hari Krismas.






Setiap tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.


Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini.
Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.
Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas.
Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan