Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di
seluruh dunia. Lebah kelulut
boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara,
dan kawasan tropika Amerika.
Madu
kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika
dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut
menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih
seperti yang didakwa. Rasanya
masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di
hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut boleh dijumpai hampir
semua di kawasan tropika dan sub-tropika dunia, seperti Asia Tenggara, Australia, Afrika,
dan di kawasan tropika Amerika. Majoriti lebah eusosial asli di Amerika
Tengah dan Amerika
Selatan adalah lebah
kelulut, walaupun hanya beberapa lebah kelulut mampu menghasilkan madu untuk
tujuan pemeliharaan.
Kelulut
juga berlainan di Afrika, termasuk Madagascar, dan dipelihara di sana juga; madu meliponine dianggap
sebagai ubat bagi kebanyakan komuniti di Afrika dan Amerika Selatan.
Lebah kelulut telah mengalami
evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut
setiap spesis.Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut
spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di
dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga
di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam
sarang semut atau
sarang anai-anai.
Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona
thoracica selalu
dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis,
atau durian.
Bentuk
sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang
kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom
eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul
(lahir).
Bilik
atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin
dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan
lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan
ini boleh bersaiz dari 5 sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis,
tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula
bercampuran.
Sarang
kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa
diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur,
minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap.
Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan
musuh.
Kelulut
kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk
pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang
terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Sarang baharu tidak
dihasilkan dengan geriak. Lebah kelulut
menghasilkan sarang baharu dengan lebah pekerja menghabiskan masa membina
sarang baharu di geronggang
pokok. Apabila sarang tersebut hampir siap, ratu
yang baru mengawan akan berpindah masuk bersama beberapa lebah pekerja baharu
untuk menyiapkan sarang tersebut.Ratu baharu akan mula menelur selepas
itu.
Kitar hidup kelulut berbeza
daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau
lebih ratu bertelur. Ratu
baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat
menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus.
Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup
untuk 3 hingga 7 tahun.
Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada
nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai
dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu)
dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron.
Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid), dan hasil daripada telur
tidak disenyawakan, walaupun pembiakbakaan
dalam boleh menyebabkan dron
diploid.
Dalam
sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu
bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi
makanjeli raja dan lebah pekerja
diberi makan debunga). Sistem
kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang
dimakan; memakan jumlah debunga yang banyak akan menghasilkan ratu bagi genus Melipona. Namun demikian,
terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya
5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu.
Sel ratu
boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel
tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia
akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati
Penghasilan ratu baru adalah
dengan ratu kelulut bertelur pada sel yang mengandungi madu dan debunga. Sel
tersebut telah diisi oleh pekerja.
Kelulut dapat menghasilkan 3
produk iaitu madu, propolis, dan roti
lebah. Madu kelulut mempunyai khasiat lebih baik
berbanding madu lebah biasa.
Bekas yang akan digunakan
oleh oleh lebah kelulut untuk menempatkan madunya. Setelah tempayan madu penuh
diisi dengan madu, ianya akan ditutup oleh lebah kelulut
Penternakan kelulut digelar sebagai
meliponikultur. Kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah
lalat. Penternak menggunakan pelbagai jenis bentuk haif mengikut
kesesuaian sesuatu koloni kelulut. Ada yang terus dari tunggul kayu, kotak
haif, atau gabungan kedua-duanya.
Terdapat pelbagai jenis teknik
penternakan kelulut. Ini berdasarkan faktor setempat. Di Malaysia terdapat dua
jenis seni bina haif bagi membela kelulut iaitu haif 'topping' dan kotak haif. Setiap
seni bina mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Bagi haif 'topping',
teknik ini diaplikasi dengan memotong tunggul atau batang kayu tempat koloni
liar kelulut dijumpai. Kemudian kotak diletakkan di atas tunggul kayu itu.
Teknik ini amat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni tersebut masih
lagi dibiarkan di dalam kayu. Kelemahan kaedah ini, penternak hanya dapat
menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.
Bagi kotak haif pula, memberi
kemudahan bagi penternak untuk menuai madu, roti lebah dan
propolis. Namun, teknik memindahkan koloni liar dari tunggul kayu ke dalam
kotak memerlukan penternak mahir agar telur dan sarang kelulut tidak rosak
semasa proses pemindahan dijalankan.
Bagi warga BRS, majlis menandatangani perjanjian usahasama untuk pelaksanaan projek pembangunan ekonomi rakyat melalui penternakan kelulut diadakan pada 22 januari 2016 di hotel Pullman Kuching. Perjanjian usahasama ini di tandatangani diantara RISDA, Hafiz Properties dan Koperasi Riden Jaya.
Para perserta mencari sarang kelulut di kawasan kampung taba sait yang asal.
Sarang kelulut yang di temui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan