Selasa, 15 Mac 2016

Terbongkarnya Rashia Pembinaan Empangan Bengoh

Salam sejahtera, 

Empangan Bengoh atau (Bengoh Dam) merupakan salah satu Empangann yang terdapat di Negeri Sarawak. Empangan ini telah dibina di Ulu Sungai Sarawak Kiri. Ianya dibina untuk menampung keperluan air di kawasan Bandaraya Kuching dan Samarahan. 

Ekoran daripada terbinanya Empangan ini,banyak sejarah suka dan duka yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di kampung-kampung yang terlibat secara langsung dalam pembinaan empangan ini. Ini adalah termasuk tapak pembinaan, pembayaran pampasan dan banyak lagi. 

Kesemuanya kita rekod dan salinkan dalam video di bawah. Selamat menonton dan mendengarnya kepada semua. 


Ulu Bengoh Part 1





Perjanjian Malaysia 1963

Salam sejahtera semua,

Di sini diposkan Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963 untuk makluman dan perhatian semua. Maklumlah sudah berpuluh tahun Perjanjian ini dibuat ramai dikalangan kita sudah lupa dan tidak faham apakah Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963 tersebut. SELAMAT MEMBACA ....




Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)

Program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) merupakan suatu Program di bawah Jabatan Ketua Menteri. Program ini merupakan cabang di bawah Program UTC di di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Apakah objektif / tujuan Mobile CTC diadakan

i. Mobile CTC adalah salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS). Ia merupakan himpunan pelbagai perkhidmatan bergerak Kerajaan merentasi pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Mobile CTC disasarkan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman yang tiada akses mudah kepada perkhidmatan asas   Kerajaan. Oleh yang demikian, Kerajaan memutuskan untuk membawa perkhidmatan-perkhidmatan ini (yang ada ditawarkan di UTC & RTC) ke kawasan pendalaman melalui Mobile CTC.

ii. Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional (NSU) telah diamanahkan untuk menyelaraskan penubuhan dan pelaksanaan program-program Mobile CTCyang bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan penting kepada rakyat.  Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri di Pekan, Pahang pada 1 Mac 2013.

iii. Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional (NSU) telah diamanahkan untuk menyelaraskan penubuhan dan pelaksanaan program-program Mobile CTCyang bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan penting kepada rakyat.  Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri di Pekan, Pahang pada 1 Mac 2013.

iv. Program Mobile CTC juga membolehkan bantuan kerajaan seperti BR1M, Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dan sebagainya dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar di kawasan luar Bandar. Sesi penerangan dasar-dasar Kerajaan juga dapat disampaikan terus kepada rakyat setempat tanpa melalui hebahan media massa atau elektronik. 

v. Selain daripada itu, Program Mobile CTC turut menyediakan platform untuk rakyat berhimpun mengeratkan silaturrahim baik dengan para petugas Mobile CTC lebih-lebih lagi sesama penduduk setempat.  Program-program seperti sukaneka, sukan rakyat, pertandingan mewarna kanak-kanak serta pertandingan mencari bakat bidang masakan dan nyanyian yang diadakan akan mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat selain bergembira, bersosial dan memupuk semangat kesukarelaan dalam suasana harmoni. Ini boleh meningkatkan semangat  kekitaan dan kesejahteraan di kalangan rakyat.


Di Bengoh Resettlement Scheme (BRS), Padawan merupakan antara tempat yang sangat bertuah kerana telah dipilih untuk menjadi tapak Program Mobile Community Centre (Mobile CTC) buat pertama kalinya pada tahun ini. Program ini telah diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2016 yang lepas.

Di bawah ini adalah antara beberapa aktiviti yang telah jalankan sepanjang Program ini dilaksanakan.

1. Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sempena program pada kali ini.

Sesi pendaftaran



Antara pameran yang di buka sempena Mobile CTC pada kali ini
Pameran daripada JPJ
Pameran daripada Biro Pengaduan Awam
Pameran daripada YAYASAN SARAWAK



Pameran daripada FAMA
Pameran daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Pameran daripada PDRM
Pameran daripada BOMBA

.
Pameran daripada TEKUN NASIONAL





Pameran daripada Angkatan Tentera Malaysia


Pameran daripada SEDC






Pameran daripada Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Samarahan

Pameran daripada RISDA Sarawak




Pameran daripada Majlis Perbandaran Padawan

Pameran daripada Lembaga Lada Malaysia

Isnin, 14 Mac 2016

Pasukan Bola Sepak Kampung Taba Sait

Bolasepak adalah antara sukan yang diminati oleh penduduk kampung. Walaupun penat berkerja di sebelah pagi namun mereka tetap meluangkan masa untuk berlatih di waktu petang. Kampung Taba Sait tidak ketinggalan juga menganjurkan pertandingan bola sepak 9 sebelah secara "Knock Out".
Pada zaman era 1980 an, pasukan bola sepak Kampung Taba Sait adalah antara pasukan yang terkuat di daerah Padawan. Pasukan ini telah banyak kali memenangi kejohanan bola sepak yang dianjurkan di daerah tersebut.















Antara pasukan yang telah dibentuk dan telah banyak memenangi anugerah kejuaraaan pada era 1980-an.





Jumaat, 4 Mac 2016

Perayaan Gawai Dayak.

 Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru. 


Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.
Sambutan hari gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.


 Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras', persembahan tarian tradisi "rejang bauh", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria.

Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak.


  Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara mengayau dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.

Sambutan Hari Krismas.






Setiap tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ.


Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini.
Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.
Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas.
Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.


Panggilan Mesyuarat untuk ahli perusahaan Kelulut BRS

Salam hormat dan salam sejahtera,

MESYUARAT AHLI PERUSAHAAN MADU LEBAH KELULUT

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 04.03.2016
Masa   : 8.00mlm
Tempat : Balai Raya Kampung Taba Sait

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan menyediakan plan tindakan yang akan dilakukan sempena program mobile CTC pada 23.03.2016 sehingga 13.03.2016 nanti.

Kerjasama dan sokongan daripada semua ahli-ahli amatlah dihargai.



Sekian, terima kasih.



JK Induk.

Perutusan Ketua Kampung Pain Bojong


Salam hormat dan selamat sejahtera dan salam 1BRS,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga secara langsung mahupun secara tidak langsung sehingga tercapainya impian kita untuk memiliki laman web B.R.S. Sesungguhnya ini merupakan matlamat kita untuk merapatkan jurang informasi kita dengan dunia luar.

Kita amat bertuah kerana dengan adanya laman web ini kita dapat berkongsi maklumat dengan  semua penduduk BRS tak kira dimana mereka berada ketika ini. Kita juga dapat mempromosikan hasil produk penduduk untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di sini.

Akhir kata, saya mengharapkan semua warga BRS tak kira dimana mereka berada supaya dapat terus menyumbang idea untuk kita membangun dan terus maju ke hadapan.

Sekian Terima Kasih,

Desclaude Ak. Nguir
Ketua Kampung Pain Bojong.

Perutusan Ketua Kampung Rejoi



Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyumbang tenaga dan kepakaran bagi memastikan impian kita untuk mempunyai laman web sendiri tercapai. Dengan adanya laman web ini kita dapat menyampaikan maklumat kepada semua warga BRS tak kira di mana mereka berada.

Kita juga berharap dapat mempromosikan hasil pertanian, dan kraftangan bagi membaiki taraf hidup penduduk BRS ini. Disamping itu juga kita dapat berkongsi keunikan tradisi masyarakat dayak yang tinggal di BRS dengan para pembaca.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan para pembaca supaya menggunakan maklumat yang disampaikan dengan tujuan yang baik dan berhemah.

Sekian terima kasih,


Tim Anak Kawen
Ketua Kampung Rejoi.

Perutusan Ketua Kampung Semban.



Salam sejahtera dan salam hormat kepada warga BRS dan juga para pembaca.

Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana akhirnya kita dapat mewujudkan laman web untuk BRS. Dengan adanya laman web ini, kita berharap para penduduk dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di BRS. Segala aktiviti mahupun program yang dijalankan dapat dikongsi dengan semua warga BRS tak kira dimana mereka berada.

Laman web ini juga membolehkan kita tidak ketinggalan dari arus perkembangan media massa serta teknologi maklumat masa kini. Kita juga sedar bahawa dunia teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam mempromosi dan membangunkan kehidupan warga BRS.

Oleh itu, kita mengalu-alukan segala maklumat yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.

Sekian terima kasih,


BUJUS ANAK KIAN
Ketua Kampung Semban.

Tanah Adat di sarawak

APAKAH TANAH ADAT BUMIPUTRA ?


Mengikut adat-resam masyarakat Dayak, setiap ahli di dalam sesebuah komuniti mempunyai hak untuk menggunakan semua tanah ‘temuda’, hutan sekeliling dan saliran air di kawasan mereka. Adat mengenai tanah ini telah menjamin hak seseorang individu atau ahli keluarga sesebuah komuniti untuk menggunakan tanah dan hasil-hasil yang diperolehi dari hutan. Pada masa yang sama membuka kawasan tanah yang baru di dalam sempadan atau 'pemakai menoa' mereka.

Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, tanah adat Bumiputra (NCL) didefinisikan sebagai “tanah di mana hak adat Bumiputra (NCR) telah didapati secara komunal ataupun selainnya mengikut undang-undang sebelum 1hb Januari 1958 dan masih lagi sah diperlakukan”. Oleh kerana masyarakat Dayak telah menetap di tanah mereka sejak beberapa generasi maka hak mereka telah diakui oleh undang-undang.

Tanah hak adat masyarakat Dayak merangkumi:

v  tanah ‘temuda’ terdiri daripada tanah yang telah ditanam dengan tanaman dan juga tanah yang dahulunya ditanam tetapi telah ditinggalkan mengikut kitaran  penanaman berpindah untuk tujuan penyuburan tanah dan pemuliharaan hutan; dan

v  tanah ‘pemakai menoa’[1] di sekeliling ‘temuda’ iaitu kawasan hutan dara di mana hasil-hasil hutan dikumpul oleh komuniti secara keseluruhan, dan di mana komuniti berkenaan bergantung kepadanya untuk kehidupan harian mereka seperti memburu, memperolehi bahan-bahan binaan, ubat-ubatan dan sebagainya

Kedua-dua klasifikasi tanah adat ini membentuk ‘Menoa[2] yang mempunyai tanda-tanda sempadan dengan komuniti-komuniti lain. Sesebuah komuniti bergantung kepada kawasan ‘Menoa’ mereka untuk kehidupan mereka seharian. Maka tanah, hutan dan sumberdaya yang terdapat dalam kawasan Menoa adalah milik komuniti tersebut.

Selepas 1hb Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, hak adat kepada tanah boleh dibuat dan diperolehi dengan menggunakan cara-cara berikut:

a)      penebangan hutan dara dan menduduki tanah yang telah dibuka;
b)     menanam pokok-pokok buah di tanah tersebut;
c)      menduduki atau bercucuk tanam di tanah tersebut;
d)     penggunaan tanah untuk perkuburan atau tempat pemujaan;
e)      menggunakan apa-apa jenis tanah untuk mendapatkan hak; atau
f)       (sudah dimansuhkan pada tahun 2000)

Undang-undang tanah Sarawak memang mengakui hak tanah adat Bumiputra ke atas tanah dan wilayah yang diduduki oleh masyarakat Dayak. Akan tetapi pelbagai usaha dibuat untuk menggugat kesahihan hak tanah adat seperti Kerajaan Negeri sering melanggar undang-undang ini dengan mengeluarkan konsesi-konsesi, lesen-lesen pembalakan dan geran-geran tanah untuk perladangan komersial.

Dari zaman pemerintahan koloni sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia, sistem pemegangan tanah di Sarawak telah mengalami perubahan yang banyak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pindaan telah dibuat di dalam Kanun Tanah Sarawak yang menjejas hak dan status tanah.

Kerajaan Negeri Sarawak juga telah mengubal beberapa siri undang-undang, pindaan dan peraturan berkaitan dengan tanah dan hutan. Ini secara sistematik dan beperingkat-peringkat telah menjejaskan hak tanah adat, sumber-sumber asli dan hutan masyarakat Dayak.




[1] ‘pemakai menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud kawasan tanah komunal yang meliputi hutan dara, hasil  hutan, sumberdaya, kawasan memburu dan tadahan air serta sungai-sungai yang mengalir di kawasan itu dan kesemuanya adalah milik bersama ahli-ahli di dalam sesebuah rumah panjang.
[2] ‘menoa’ dalam Bahasa Iban bermaksud wilayah yang meliputi seluruh pemakai menoa dan temuda sesebuah rumah panjang termasuk kawasan rumah panjang, tanah perkuburan, kebun-kebun, sungai-sungai yang mengalir dalam kawasan tersebut.

BUKTI TANAH ADAT BUMIPUTRA WUJUD


Kebanyakan masyarakat Dayak tidak mempunyai rekod bertulis tentang sempadan ‘menoa’ mereka. Mereka hanya tahu sempadan mereka melalui lisan dengan mengenali sesuatu tempat bertanda, contohnya, seperti rabung bukit atau gunung, sungai, lembah, banjaran gunung atau bukit, rumpun buluh, kayu tapang atau kayu belian, dan tanda-tanda yang lain.

‘Antara menoa’[1] sesuatu komuniti dengan komuniti yang lain telah pun dipersetujui oleh komuniti-komuniti tersebut mengikut adat-resam mereka. Jika ada penduduk-penduduk yang memasuki ‘menoa’ komuniti yang lain tanpa izin maka mereka ini dituduh, dibicara dan didenda mengikut adat masyarakat berkenaan di Mahkamah Penghulu ('Native Court'). Contohnya, ‘Tusun Tunggu’[2] digunakan bagi Masyarakat Iban. Di sini nyata bahawa tanah adat Bumiputra mempunyai maksud yang sah kerana Mahkamah Penghulu ('Native Court') mengakuinya.

Pada tahun 1939, kerajaan Brooke telah mengeluarkan Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 (Secretariat Circular No. 12) untuk merekodkan sempadan tanah adat secara rasmi. Tujuan penandaan dan rekod sempadan ini ialah untuk sesebuah komuniti merintis dan menanda sempadan menoa mereka. Ia juga bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya pencerobohan dan persengketaan di antara komuniti-komuniti.

Bagi pihak kerajaan sempadan tanah adat adalah untuk mengelakkan masyarakat Dayak dari membuka kawasan tanah kerajaan tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu daripada Pegawai Daerah (DO).

Walaupun masyarakat Dayak telah lama mengamalkan 'antara menoa', namun dengan adanya Surat Pekeliling tersebut, ia telah mengukuhkan dan membuktikan tanah hak adat (NCR) wujud.

Selepas penaklukan Jepun pada tahun 1946, Sarawak telah diserahkan oleh kerajaan Brooke kepada Pemerintahan British sebagai Negeri Jajahan. Pihak British telah merekodkan sempadan-sempadan tanah adat Bumiputra (NCL) masyarakat Dayak dengan membuat peta lakaran (sketch map) kawasan tanah tersebut.

Rekod-rekod ini masih disimpan di Pejabat Daerah, yang dikumpulkan di dalam satu buku yang dinamakan Buku Sempadan atau ‘Boundary Book’. Secara kesimpulan bukti-bukti bahawa tanah NCR wujud adalah:

1.      Tanda-tanda fisikal penandaan asal pembentukan sempadan menoa
2.      Adat masyarakat
3.      Surat Pekeliling Sekretariat No. 12 / 1939
4.      Rekod-rekod rasmi (Buku Sempadan)



[1] ‘antara Menoa’ di dalam Bahasa Iban bermaksud sempadan di antara sesebuah komuniti dengan komuniti-komuniti yang lain.
[2] ‘tusun tunggu' bermaksud susunan hukum adat asal Iban di seluruh Negeri Sarawak, Adat Iban 1993, Majlis Adat Istiadat Sarawak, 29hb Mei 1993.



Maka persoalan yang timbul mengenai dokumen-dokumen untuk membuktikan tututan hak tanah adat dan kewujudan rekod-rekod rasmi dengan kerajaan adalah tidak relevan kerana sempadan atau ‘antara menoa’ telah pun wujud.

**********************************


Selepas 1hb Januari 1958

                           Masyarakat Dayak masih lagi boleh membuka kawasan tanah
 lain atau tanah kerajaan dengan mendapatkan
permit dari Pegawai Daerah.

(Seksyen 10, Kanun Tanah Sarawak)
 
 











BAHAGIAN II

DAPATKAH MASYARAKAT DAYAK MEMPEROLEHI TANAH HAK ADAT BUMIPUTRA SELEPAS TAHUN 1958 ?

Dapat, dengan kebenaran diberi oleh Kerajaan. Hanya selepas 1hb Januari 1958, masyarakat Dayak tidak dibenarkan menduduki atau membuka kawasan tanah yang baru selain daripada tanah yang terdapat dalam kawasan 'menoa' mereka. Kerajaan Negeri hanya membenarkan masyarakat Dayak membuka dan menduduki Tanah Kerajaan (State Land) jika kebenaran atau permit telah diberi.

Contohnya: Pada tahun 1960'an, komuniti Iban di Sungai Sebatu, dalam kawasan Suai-Niah telah dibenarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menduduki tanah kerajaan dan mereka mempunyai bukti seperti dokumen-dokumen dan peta tanah mereka yang diberi oleh Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Miri. Dengan cara sebegini, hak tanah adat mereka adalah sah.

ADAKAH UNDANG-UNDANG MELINDUNGI HAK TANAH ADAT MASYARAKAT DAYAK?

Ada, seperti yang diperuntukan di dalam Bab 81 Kanun Tanah Sarawak iaitu Seksyen 2 (a), 5 (2) dan 15 (1).

Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak adalah definisi hak tanah adat bumiputera manakala Seksyen 5 (2) pula adalah undang-undang bagaimana cara NCR boleh diperolehi.

Seksyen 15 (1)[1] adalah mengenai perlindungan hak tanah adat.



[1] Seksyen 15 (1) Dengan tidak mempunyai prasangka kepada seksyen 18.

Ianya menyatakan bahawa tanah kerajaan tidak akan diagih (diberi) milik sehingga semua hak-hak adat di tanah tersebut telah pun diserahkan atau dihapuskan atau peruntukan telah disediakan untuk pampasan orang-orang yang memegang hak-hak tersebut.

Selain daripada Kanun Tanah Sarawak, undang-undang lain yang melindungi tanah NCR ialah:

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan[1] menyatakan:

(1)     Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang.
(2)     Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi
mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Perkara 47 Perlembagaan Sarawak[2] menyatakan:

(1)     Tertakluk kepada peruntukkan di dalam Perkara ini, semua harta-benda danaset di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda untuk tujuan Koloni Sarawak, akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.
(2)     Mana-mana tanah di dalam Negeri di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini, adalah dibawah kuasa Baginda akan beralih ke Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.
(3)     Mana-mana harta-benda di mana sebelum berkuat-kuasanya Perlembagaan ini telah pun diambil-milik oleh Baginda akan diambil milik oleh Negeri berkuat-kuasanya Perlembagaan ini.



[1] Hak terhadap harta         
[2] Waris kepada harta-benda, Perlembagaan Negeri Sarawak (GNS 163/63)

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERTAHANKAN DAN MELINDUNGI TANAH ADAT ?

Beberapa langkah boleh diambil demi mempertahankan dan melindungi hak, harta atau tanah adat daripada dirampas, dicerobohi atau dimusnah dengan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

1.      Merekod sejarah komuniti dan membuat kajian tataguna tanah.
2.   Membuat survei sempadan menoa dan merekodkan maklumat-maklumat itu di atas peta. 
3.      Dokumen tanah adat. Mengumpul dan membuat salinan dokumen-dokumen mengenai kewujudan sempadan Menoa dan mengirimkannya kepada ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen yang mewakili, menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan yang releven.

4.      Membuat surat aduan kepada Jabatan-jabatan/Agensi Kerajaan, ahli-ahli politikus atau menteri-menteri berkenaan mengenai  masalah tanah adat seperti rampasan hak, pencerobohan dan kerosakan.

5.      Mengambil gambar dan menanda bukti-bukti fizikal yang terdapat di tanah adat, contohnya lokasi sejarah, kawasan perkuburan, pokok buah-buahan, bekas tapak rumah panjang lama (tembawai) dan sebagainya.

6.      Mengambil gambar pencerobohan dan kerosakan ke atas harta, tanah atau sumber-sumber, contohnya syarikat-syarikat swasta (mengambil gambar pekerja-pekerja, jentera yang digunakan dan sebagainya).

7.      Membuat laporan polis tentang pencerobohan, ugutan, kacau atau apa sahaja yang dibuat oleh sesuatu pihak untuk merampas tanah adat dan merosak harta-harta serta sumber yang menyalahi undang-undang.

8.      Mogok. Jika keadaan amat terdesak dan tiada pilihan lain maka, seharusnya mendirikan benteng (blockade) di dalam sempadan tanah adat.

 

9.      Tindakan undang-undang. Membawa kes-kes mengenai tanah ke mahkamah yang bersabit dengan pencerobohan, kerosakan, rampasan dan penghapusan hak tanah.


**********************************

MENGAPAKAH PETA MENOA (Tanah Adat) PENTING ?

Peta adalah dokumen yang menggambarkan keadaan struktur tanah dan mengandungi maklumat-maklumat penting tentang kawasan tanah adat sesebuah komuniti rumah panjang. Peta Menoa boleh digunakan sebagai bukti kewujudan sempadan dan asas tuntutan hak tanah adat.

Tujuan Peta dan maklumat-maklumat yang diperlukan:

Tujuan membuat peta
Maklumat-maklumat yang diperlukan
Untuk berunding dengan kerajaan, syarikat swasta, dan lain-lain mengenai projek pembangunan yang melibatkan tanah adat
·         Tanda sempadan dan keluasan tanah 'menoa'
·         Kawasan 'temuda' komuniti
·         Hutan komunal dan 'pulau'
·         Lokasi kebun, sumber asli, dll
·         Lokasi sejarah
Merancang pemuliharaan sumber asli dan pengurusan tataguna tanah dengan baik
·         Semua maklumat seperti di atas
·         Lokasi kawasan hutan, sungai-sungai dan bukit
·         Kawasan tadahan air
Mengelakkan pertelingkahan antara kaum tentang milik tanah, dan antara ahli-ahli komuniti
·         Sempadan tanah adat
·         Kedudukan tanah-tanah 'temuda', kebun dan lain-lain
·         Tanda-tanda fisikal
Menunjukkan lokasi sejarah: kepercayaan, budaya dan adat-resam - untuk mengajar generasi muda tentang amalan tradisional
·         Kawasan 'tembawai'
·         Tempat keramat
·         Tanah-tanah perkuburan
·         Tempat bersejarah
Dokumen sebagai bukti untuk tindakan undang-undang di mahkamah
·         Semua maklumat seperti di atas
·         Saksi lisan oleh penduduk rumah panjang